INTERNET, WHATSAPP...!

Berhati-hati semasa aktiviti mengarang patut diutamakan, lebih-lebih lagi jika sedang mengarang esei dalam apa-apa peperiksaan. Selain mematuhi peraturan menghasilkan sesuatu esei, kita juga perlu prihatin akan perkara-perkara asas seperti sistem ejaan rumi, penggunaan kosa kata pinjaman, penggunaan peribahasa, proses pengimbuhan dan sebagainya.

Kesempatan kali ini, cikgu akan berkongsi pendapat tentang kecuaian pelajar ketika mengarang dari aspek kesalahan ejaan. Sebahagian besar daripada pelajar dapat menguasai sistem ejaan dengan baik, namun kadangkala disebabkan kecuaian, kesilapan mengeja sesuatu perkataan yang mudah boleh berlaku. Misalnya kesilapan ejaan dari segi penggunaan huruf besar atau huruf kecil di permulaan setiap perkataan kerana ketidakpastian pelajar sama ada sesuatu perkataan tersebut tergolong dalam kategori kata nama am atau kata nama khas. Cuba lihat contoh kesalahan ejaan di bawah:-
  • internet sepatutnya dieja Internet (nama khas)
  • twitter sepatutnya dieja Twitter (nama khas)
  • facebook sepatutnya dieja Facebook (nama khas)
  • blogspot sepatutnya dieja Blogspot (nama khas)
  • whatsapp sepatutnya dieja Whatsapp (nama khas)
  • google sepatutnya dieja Google (nama khas)
  • mata pelajaran sejarah sepatutnya dieja mata pelajaran Sejarah (nama khas)
Kesilapan lumrah yang lain pula seperti penggunaan tanda baca (" ") atau (' ') pada frasa peribahasa, seperti:-
  • "bagai menangguk di air keruh" sepatutnya bagai menangguk di air keruh.
  • "melentur buluh biarlah dari rebungnya" sepatutnya melentur buluh biarlah dari rebungnya.
  • 'seperti anjing dengan kucing' sepatutnya seperti anjing dengan kucing.
Kesilapan ejaan yang lain akan dibincangkan kemudian.


Comments

Popular Posts