AYAT TANYA SONGSANG...!

Image result for tanda tanya
Ayat tanya juga seperti ayat-ayat lain yang boleh hadir dalam bentuk susunan biasa dan juga susunan songsang. 
Semua telah sedia maklum tentang susunan ayat biasa dan juga songsang iaitu:-
  • Subjek + Predikat = Susunan biasa
  • Predikat + Subjek = Susunan songsang
Contoh Ayat Tanya Biasa:-
  1. Awak tinggal di mana?
  2. Awak umur berapa?
  3. Orang itu siapa nama?
  4. Sekolah itu terletak di mana"
  5. Dia demam mengapa?
Contoh Ayat Tanya Songsang:-
  1. Di manakah awak tinggal?
  2. Berapakah umur awak?
  3. Siapakah nama orang itu?
  4. Di manakah terletak sekolah itu?
  5. Mengapakah dia demam?

Comments

  1. Boleh saya tahu, kalau kerja mengecat dinding sudah kau siapkan tukar kepada ayat tanya songsang mcm mne?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts