PANDUAN MENULIS ULASAN PT3....!


PT3 2016 bertulis akan berlangsung pada awal Oktober nanti. Bagi kesempatan kali ini, Cikgu akan memperkatakan panduan-panduan ketika menulis 'Ulasan', iaitu soalan no.8 yang memperuntukkan markah sebanyak 15.
Pelajar PT3 mestilah menjawab soalan 'ulasan' mengikut panduan yang betul agar markah yang diperoleh nanti lebih baik. Antara panduannya ialah:-

Kepanjangan Jawapan Ulasan
  • Ulasan yang panjangnya melebihi 100 patah perkataan walaupun penulisannya cemerlang dari segi isi, bahasa dan pengolahannya akan mendapat markah paling maksimum iaitu 13 sahaja.
  • Ulasan yang panjangnya kurang daripada 80 patah perkataan tetapi baik dari aspek lain hanya akan mendapat markah maksimum 12 sahaja.
Kandungan Isi Ulasan
  • Ulasan yang baik semestinya mempunyai isi tersurat dan isi tersirat.
  • Ulasan yang tiada isi tersurat, markah maksimum ialah 8 sahaja.
  • Ulasan yang tiada isi tersirat juga markahnya ialah 8 sahaja walaupun aspek lainnya cemerlang.
  • Jumlah isi tersurat dan isi tersirat terpulang, tetapi biarlah sesuai dengan kepanjangan ulasan yang ditulis.
  • Calon yang hanya menyalin maklumat yang terdapat di dalam bahan grafik seperti rajah, jadual dan lain-lain akan mendapat markah maksimum 5 sahaja.
Pemerengganan Ulasan
  • Ulasan boleh ditulis sama ada satu, dua, tiga atau ...... perenggan.
  • Tiada markah khusus untuk ulasan yang ditulis menggunakan satu, dua atau.... perenggan.

Comments

Popular Posts