LATIHAN HARI INI...!

Pelajar 3 Alpha dan 3 Gamma:

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian betulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat tersebut.
  1. Kakak saya akan menyertai sebuah pertandingan mengarang anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada minggu depan.
  2. Selain daripada menjadi ejen insurans, Aliya juga merupakan seorang peniaga kuih tradisional.
  3. Ahli mesyuarat sedang membahaskan tentang isu pemilikan saham oleh peserta bukan warganegara.
  4. Mesyuarat guru-guru kali ke-2 akan diadakan pada petang ini di Bilik Gerakan.
  5. Kerja-kerja mengemaskan bilik tamu saya akan lakukan selepas ini.
  6. Begitu besar sekali pengorbanan kedua-dua orang ibu bapa sehingga kepentingan sendiri diketepikan.
  7. Kita mestilah saling bantu-membantu ketika melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan.
  8. Masa untuk pelajar menjawab soalan adalah selama satu setengah jam sahaja.
  9. Kad jemputan perkahwinan bekas pelajar saya itu saya letakkan di atas meja.
  10. Buku 'Himpunan Hadis-Hadis Sahih' itu saya beli di Syarikat Muda Osman.
JAWAPAN:-
  1. sebuah pertandingan > satu pertandingan
  2. Selain daripada menjadi > Selain menjadi
  3. membahaskan tentang isu > membahaskan isu
  4. Mesyuarat guru-guru > Mesyuarat guru
  5. saya akan lakukan > akan saya lakukan
  6. Begitu besar sekali > Begitu besar @ Besar sekali
  7. saling bantu-membantu > saling membantu @ bantu-membantu
  8. satu setengah jam > satu jam setengah
  9. Kad jemputan > Kad undangan
  10. Himpunan Hadis-Hadis Sahih > Himpunan Hadis Sahih

Comments

Popular Posts