AYAT INTI / POLA AYAT...!

Ayat inti, ayat mudah, ayat dasar, ataupun ayat tunggal merupakan perkara yang sama. Ayat yang dimaksudkan ini mempunyai SATU subjek dan SATU predikat. Daripada ayat ini jugalah kita dapat menentukan pola ayatnya.
Lihat contoh ayat inti di bawah:-
  1. Saya / seorang guru.
  2. Sekolah itu / sekolah baharu.
  3. Ibu negeri Kelantan / ialah Kota Bharu.
  4. Komputer / digunakan untuk memudahkan setiap urusan.
  5. SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra / terletak di Pengkalan Chepa.
  6. Dewan Parlimen / telah dibubarkan.
  7. Buku ini / daripada abang saya
  8. Bunga itu / sangat cantik.
Pola ayat pula terbahagi kepada EMPAT jenis, iaitu:-
  • FN + FN
  • FN + FSN
  • FN + FA
  • FN + FK
Berdasarkan ayat-ayat di atas, bermula dengan 'Saya seorang guru.' hingga ke 'Buku ini daripada abang saya.' boleh dikenal pasti polanya iaitu:-
  1. FN + FN
  2. FN + FN
  3. FN + FN
  4. FN + FK
  5. FN + FK
  6. FN + FK
  7. FN + FSN
  8. FN + FA
* FN - frasa nama, FSN - frasa sendi nama, FA - frasa adjektif, FK - frasa kerja

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts